Tuesday, October 19, 2010

Tip untuk mengesan Cyber Scam

Terdapat banyak berita-berita dalam surat khabar tentang Cyber Scam atau Conman yang menipu orang melalui internet. Saya ingin berkongsi beberapa tips berdasarkan pengalaman untuk mengelak diri dari ditipu di internet...

1. Too good to be true - Harga barangan yang terlalu rendah

Kalau jumpa Iphone4 32GB yang harganya RM1200 atau Ipad yang harganya RM900 atau Nikon D90 berharga RM1000 atau lain lain gajet yang harga begitu rendah, kemungkinan besar ianya adalah satu scam. Penjual-penjual ini biasanya menggunakan email address dari free email service seperti live.com, gmail.com etc. Cara berurusan dengan mereka adalah melalui pos dan email sahaja. Dan bayaran melalui western union. Contoh-contoh klasik ialah seperti website ini - http://www.adpost.com/my/employment/23167/

2. Western Union

Biasanya scammers atau conman dari oversea akan hanya menggunakan perkhidmatan Western Union SAHAJA. Ini adalah salah satu tanda besar yang barangan yang dijual adalah tidak wujud. Salah satu taktik mereka ialah, mereka kata pembeli boleh meletakkan nama sesiapapun (emak, adik, saudara mara) sebagai penerima Western Union dan apabila barang sudah sampai, pembeli kemudian menukarkan nama kepada nama penjual. Masalahnya, sebaik sahaja mereka dapat number rujukan Western Union, duit pembeli akan lesap

3. Deposit duit dahulu

Scam ini banyak orang terkena jika membeli barang di mudah.my atau lain lain klassified website. Kalau barangan lebih dari RM200, lebih baik jumpa dengan penjual dan berurusan COD (Cash On Delivery)

4. Buyer dari oversea

Kalau ada mengiklankan barangan dan ada pembeli dari oversea yang nak beli barang tersebut, kemungkinan besar mereka adalah conman. Antara cara-cara mereka adalah;

a) Mereka membeli barangan untuk dihantarkan kepada saudara mereka di Afrika
b) Mereka sanggup membeli dengan harga yang amat mahal

Tips berurusan jual beli di website...
  1. Mudah.my atau lain lain Classified website - Hanya berurusan secara COD. Ianya adalah selamat dan puas hati kerana kita dapat jumpa penjual dan tengok barang sebelum membeli
  2. Lelong.my - Lihat rating penjual ataupun pembeli. Sekiranya rating mereka adalah 0 atau negative, maknanya kita kena berjaga-jaga. Ini adalah contoh rating saya di lelong.my - http://www.lelong.com.my/Auc/Feedback/UserRating.asp?UserID=nazron@1
  3. Ebay.com - Lihatlah rating penjual atau pembeli. Juga, lihat tarikh mereka menjadi ahli
Jadi, berhati-hati berurusan di internet !

5 comments:

Unknown said...

buyer dari oversea atau conman tu maksudnya apa yaaa...saya pernah dpt email mcm nie mngatakan ingin membeli brg utk dihtr ke uk...beliau dari uk dan minta no acc utk bnk in hrga brg tersebut..apa risikonya...adakah ini betul atau ada penipuan...tq

Nazri said...

Salam. Maksud saya tentang buyer dari oversea tu kalau yang nak beli barang kita dengan harga yang tak logik. Ada pernah sekali saya buat iklan nak jual iphone lepas tu ada orang dari UK offer nak beli dengan harga yang sama tapi dalam pound sterling. Maknanya, saya jual benda tu RM1300 dan dia offer nak beli UK$1300 - Itu dah 4 kali ganda dan untung yang lumayan. Risik punya risik, dia nak suruh saya hantar untuk anak sedara dia kat Nigeria.

Itu sah dah memang scam.

Untuk masalah tuan/puan nih, agak mushkil tapi saya boleh tolong check. Minta email tuan/puan supaya saya boleh contact

ladymiss said...

woahh! rase macam nk terkena je ni. saye ade jual jeans kat mudah then ade makcik dr UK ni nak beli kate nk hantar untuk nephew die kat Nigeria. then saye cakaplah barang tu boleh post within malaysia je tp die sebok jugak nak beli.

Nazri said...

Salam. Itu memang modus operandi diaorang. Tolong forwardkan email dia kat saya (nazri.jamil@gmail.com) nanti saya akan layan diaorang :-)

AnneShirley said...

http://www.scamwarners.com/forum/viewtopic.php?f=12&t=17635&p=64489&hilit=Iphone+scam#p64489

Post a Comment